Tuesday, March 24, 2009

Excited

Sesungguhnya aku teruja.

Peperiksaan hanya dekat sekeliling bucu. ( just around the corner)

Keputusan nasib untuk penempatan ke UCD atau RCSI sudah dibuat. Penyusunan secara rawak baru sahaja dibuat Dr. Annie Foo (Mungkin ada kaitan dengan Foo Fighter) semalam.

Aku berada dalam angka genap. Nombor enam daripada tiga puluh; dalam ranking list kelas.

Jadi kebarangkalian untuk UCD:RCSI adalah 1:1 ; secara mudah, lima puluh peratus.

Bergantung kepada percaturan Yang Maha Esa.

Dia tahu mana yang terbaik buatku.

Peperiksaan sudah hanya di sekeliling bucu.

Baca buku!! (nota je kot).

p/s: Selamat berjaya semua.

Tuesday, March 17, 2009

Kejadian aneh yang berlaku pada aku

Sebelum korang baca entri ni sila pasang lagu x files kuat2.

Tolong. Siriusli.

Dua tiga menjak ni aku rasa semacam dengan diri aku. Rasa macam sesuatu yang tengah tengok aku. Hatta, sampai kadang2 aku rasa takut nak buat sesuatu.

1. Aku selalu tidur lambat. Dalam pukul 1 - 2 pagi macam tu. Setiap kali aku nak tidur, aku akan terbayangkan sesuatu kat tingkap tepi kepala aku. Ada satu tingkap yang pecah, jadi angin boleh keluar masuk sesuka hati.

Seram.

Kawan-kawan serumah aku pun akui. Macam selalu ada benda yang dok terbang ke sana ke sini.

Dua hari selepas tu aku found out yang sebenarnya kelawar buat sarang kat tingkap aku. Apakah.


2. Aku bangun pagi, nak capai tuala. Tapi bila aku sampai kat bilik air, rupanya aku pakai kain pelikat.


3. Tiap-tiap kali aku nak capai berus gigi kat dalam bilik air, aku mesti tak jumpa.

Then, baru teringat. Aku selalu letak berus gigi aku kat luar bilik air.


4. Aku pergi ke Tesco sebentar tadi. Nak beli stationery. Kononnya.

Bila aku masuk dalam Tesco, aku periksa kocek seluar yang kat belakang.

Rasa macam kosong.

Aku tak bawa dompet.

AaaaAAaaaa!!!


5. Exam aku tak sampai dua minggu.

Aku belum mula menelaah.


T_T.


Kesimpulan :

Jangan jadi senile muda-muda. Bahaya. Nanti bila tua kena Alzheimer baru tahu. Kamu tahu Alzheimer?

Tak pun dementia. Dementia ni selalu berkait rapat dengan Alzheimer.

Berlatih menggunakan fikiran.

Fikir!!!

Zikir

Orang yang selalu berfikir selalunya seorang yang kurang darjah kepelupaannya. [apa ni]

Senang aja nak berfikir ni. Kalau malas sekalipun, fikir apa yang kamu hendak makan hari ini.

Selepas tu, kamu timbang dan tara; sama ada makanan itu kamu ingin atau kamu perlu.

Cubalah. Best.

Abaikan.

Tapi, Ustaz Sulor bin Tohiron pernah berkata kepada aku. Orang yang berfikir tentang kematiannya adalah orang yang paling cerdik.

Aku pun mula-mula macam tak percaya; nak tergelak pun ada. Apa kaitan mati dengan cerdik.

Akhirnya setelah aku bosan membuat algebra; bawah tajuk penyempurnaan kuasa dua yang kompleks, aku berhenti sekejap.

Siriusli. Aku sakit hati dengan soalan maths.

Aku mula berfikir kaitan mati dengan cerdik. Orang yang selalu ingat mati, dia ada sikap bersedia.

Bila dia bersedia, dia ada perancangan yang dia bakal lakukan untuk dia mencapai hakikat hidup; destinasi terakhirnya = mati.

Dalam proses tersebut, dia berfikir.

Macamana nak mati dalam husnul khatimah. [bukan Rose Yatimah primadona filem melayu tau]. Dan macamana nak elakkan mati dalam su'ul khatimah.

Jadi asas fikir adalah zikir. Dan sebaik-baik zikir adalah zikrullah dan zikrulmaut.

'Sesungguhnya dengan mengingati tuhan (Allah), hati akan menjadi tenang'

Semoga hati kita menjadi hidup, semoga akal kita menjadi cerdik, semoga kita tidak kena Alzheimer.

=)

Wednesday, March 11, 2009

Jamming

Baru balik dari jamming.

Petang tadi lepas kelas Ms Heah, Timothy ajak pegi perjumpaan kelab muzik. Rupa-rupanya tak ada perjumpaan pun; dok berlatih jamming dengan Hijaz, Abadi, dengan Nik.


Layan giler.

Terfikir nak buat persembahan solo, lagu Permataku - Mirwana. Nanti nak mintak sapa2 main gitar.

***
Dua tiga menjak ni rasa macam tak selesa sistem penghadaman. Masalah apa pun aku tak tau. Rasa penuh; rasa nak muntah; macam mengandung plak. Haih.

Mana buleh, aku tak ada ovari. Kalaupun ada penempelan, jadi cyst ja kot. Hm.

Kena buat checkup ni. Makan pun dah tak lalu, tapi sebab nak isi perut ja. Makan la jugak. Adoiyai.




Rehat.

Nak rehat!!!!

Salam alaik.

p/s: Esok jamming lagi, lagu thunderbirds, situasi, dengan lagu bedi buat pamenda saturday tah. layan~

Penattttt....

Balik minggu ni. Esok g makan tako~ yeay

Tuesday, March 10, 2009

Umpat! Sangka Buruk!

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan itu) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. [al-Hujurat: 11 - 12]

Sunday, March 8, 2009

Salam Maulidurrasul

Rasulullah,
Aku damba syafaat dan kasih sayangmu.

Tapi,
Apakah aku layak mendapatkan itu semua?
Sedang aku masih terkapar dalam rona hitam dosa.
Lendir dan nanah maksiat.
Amarah dan nafsu jahat.

Selawatku keatasmu,
Pemimpin terhebat,
Panglima terhandal,
Pendakwah yang agung,
Suami terbaik,
Menantu termulia.

Ya Allah, ampunkan aku.
Selamatkan aku dari seksaMu.
Rahmati Rasulku; kekasihMu.
Golongkan aku ya Allah dari Umatnya; Rasulullah SAW.

Salam Maulidurrasul.

A Dad's Love


Hugs and kisses were not your norm,
Nor Heart-to-heart talks of a confident,
Instead, with quiet encouragement and constant presence,
Your love and devotion were always be felt.

Punishment and harsh words were not your way,
Nor empty promises and neglect,
Instead, through example and words of wisdom,
Lessons to distinguish right from wrong were learnt.

Wealth and fame were not your goals,
Nor recognition and gratitude demanded in return,
Instead, you gave yourself whole heartedly,
Our respect and admiration were thus eternally earned.

Riches and property were not your legacy,
Nor titles and awards in a long list,
Instead, you gave us something of more in value,
a father's love, priceless and sorely missed.

We belongs together daddy,
You'll always be part of me.

Saturday, March 7, 2009

Antara Talam, Gunting dan Api


Talam.

Alangkah sempurna sesebuah talam itu bila dia menjadi bekas pengisi hidangan. Paling terbaik, kalau talam itu berguna untuk membuat aneka kuih. Daripada semudah agar-agar, kepada tepung talam; ataupun kuih talam, yang lebih kompleks komponen masakannya. Yang ini boleh rujuk kat laman blog NICE.

Gunting.

Alangkah sempurna fungsi sesebuah gunting itu bila dia menjadi pemotong kertas, plastik dan sebagainya. Mudah kerja orang. Bukan menyusahkan. Gunting, mamak kat kedai gunting pun pakai. Apek kat kedai cina pun pakai. "Potong tali", katannya. Hah! yang ni lagi menarik. Tok Mudim; pakai gunting ke nak sunatkan budak2? Wondering..any idea? huhu. Kalau nak dissect belalang, jantung, takpun tikus; ada jugak pakai gunting. Berguna sungguh gunting ni. Bergaya kan?


Api.

Orang tua-tua kat kampung aku cakap; api ni "Kecil-kecil, jadi teman; besar-besar, jadi lawan". Betul. Api kecil boleh guna nak panggang ayam, ikan dan sebagainya. Tapi orang sekarang pakai oven, tak pun microwave. Apa barang pakai api. Tak bergaya la. Fungsi api ni luas. Banyak sangat. Jadi, jangan overload usage of api ni. Bahaya. Kalau hang terbakaq satgi tak ka jadi spastik?





Talam. Gunting. Api.

Bila talam jadi talam dua muka, indikasinya negatif.

Senegatif bunyinya, buruk sungguh. Talam dua muka ni lagi bahaya daripada serial killer. Perogol fidofil mahupun Ketua Mafia pun kurang bahaya daripada talam dua muka ni. Porak-poranda dunia. Depan orang yang satu ni, dia macam ni. Depan orang lagi satu, dia macam lain. Lagi satu, talam dua muka ni sama la jugak dengan pretenders. Depan baik. Pijak MRSA (methicillin-resistant Staphylococcus aureus) pun tak mati. Tapi belakang kau...pehh!! Kutuk rapat. Boleh bikin gaduh beb. Tapi Talam dua muka ni selalunya dia takkan terima apa-apa efek. Dia perantara; tapi yang pecah belah individu yang ditalamdua mukakan tu la. FuYoH! Jangan la kita bergaul dengan spesis ni. Manis mulut, hati busuk.

Bila Gunting duduk dalam lipatan. Hah! lagi la.

Jadi ancaman terhadap lipatan tu. Silap-silap haribulan, kain rosak macam tu je. Kena hati-hati. Orang macam ni ada kat sekeliling kita. Jangan biarkan kita influnced by this type of people. Kita tahu ancaman dia, kita kena keluarkan dia daripada lipatan hidup kita. Bahaya giler. Jadi, elakkan diri daripada orang yang macam ni.

Bila api dalam sekam.

Api, agen pembakaran. Sekam, ada karbon. Jadi, api yang dalam sekam ini akan membakar sekam; tapi selalunya pembakaran tak lengkap. jadi bukan semua bakal jadi air dan karbon dioksida lah.

Tu bukan masalahnya.

La ni nak habaq mai, api tu bila hang boh sikit pon kat dalam sekam, lama2 semua sekam terbakaq. Ha, ada orang jenih ni. Dia tak bagi manfaat pun, macam duri dalam daging. Kalau nak kata dia ni bodo piang, tak la sangat. Dia ni diam ja; tapi dia buleh bagi kesan yang sampai tera tu la nak habaq mai. Kena waspada.

Mak kata, berkawan kena pilih. Betoi la. Bukan main ikut dan ja. Ni satgi, hang pi kawan dengan dia habih terbarai. Perangai pi kemana, semayang pi kemana. Nabi pun ada habaq, nak tau orang tu macamana; hang pi kona sat, tengok member dia lagu mana. Ha tudia la cerita dia.

Munafiq

Adapun orang munafiq ni 3 jenis sifat :-

1. Bila dia cakap dia tipu.
2. Bila dia janji dia mungkir.
3. Bila dibagi amanah, dia khianat.


Ha tudia. Sama-sama la kita pikiaq tengok, ada dak sifat munafiq ni dalam diri kita. Hatta kalau ada satu pun sifat munafiq ni, kita dah tergolong; apatah lagi semua.

Kita sama-sama la muhasabah diri kita. Pasaipa, pintu hati kita ni kalau bukan kita yang katok, mana nak tau kan?

Jom sama-sama kita pangkah orang yang macam ni. Dalam masa yang sama kita perbaiki diri kita.

Kurangkan kontrovesi, tingkatkan jati diri.

;)

Friday, March 6, 2009

Konsentrasi

Wah. Konsentrasi aku hilang lagi.

Dah dua kali. Tak boleh jadi ni. Aku kena lebih berwaspada. Hati hati semasa membelok, di selekoh tajam; mahupun tumpul. Tambah-tambah lagi kat tempat sibuk. Fuh! Kau jangan kau.

Konsentrasi ni penting. Kau hilang konsentrasi; nah, padah kau terima. Kalau melibatkan kau saja tak apa. Kalau melibatkan orang lain? Tambah pula, disebabkan kau hilang konsentrasi kau bakal hilang wang di jari.

Itu sudah parah. Tak boleh jadi nih!

Fiqri, kau kena konsentrasikan pemikiran kau mulai sekarang. Dalam semua aspek kehidupan kau. Yang besar-besar, apatah lagi yang kecil.

Jangan pulak kau dilutekan concentration kau. Jangan, walaupun persepuluh mol. Lagi pula, larutan kat kepala kau tu bukan buffer solution. Sikit gangguan pun, positif atau negatif bakal mengakibatkan brain cramp. Situasi kat mana kepala otak kau (fikiran) akan melayang entah kat mana. Bahaya tu, kat otak semua fungsi badan kau dikawal. Silap sikit, habis.

Yang pasti dia bukan dunia nyata. Semua fantasi.

Buat apa pun, fikir mak dan abah kat rumah. Adik kat sekolah. Nieza kat kolej. Diri sendiri yang kat PMC.

Konsentret. Konsentret!!!

Bawak kereta, konsentret. Jangan biar kereta kau langgar objek. Ingat, kereta tu mak punya. Amanah tu. Kalau kau langgar tak apa. Luka boleh sembuh balik. Kalau kereta kau? calar sikit, RM melayang. Kalau kau kena langgar tak apalah. Nak buat macamana. Faham je la kat Penang ni. Motosikal memang semuanya laju2 belaka. Nak pi mana pun tak tau. Selit sana, selit sini. Tengok-tengok, kereta kau jadi mangsa. Ish3. Konsentret.

Dalam kelas, konsentret. Jangan dok fikir benda yang luar skop. Belajar, belajar la. bukan nak duduk diam, lepas tu dok tengok jam nak habis pukul berapa. Ingat, seboring manapun lecture tu, attend. Jangan tuang kelas. Mak selalu pesan. Yang penting konsentret. Kau kena tahu apa yang kau nak buat.

Masa bercakap, konsentret. Apa yang kau tak sedar Fiqri, kau kurang berfikir kalau bercakap. Kau tak suka fikir secara kritikal. Kau perlukan Force. Hujah kau kena ada mass yang berpatutan. Yang penting, kau kena accelerate fikiran kau. Jadi, bila dua komponen ini, mass dan acceleration bergabung; kau dapat force yang kau mahu. Force bercakap yang mempunyai nilai pemikiran yang kritikal. (gila panjang) Untuk itu, kau perlu konsentret.

Dalam menentukan hidup kau, konsentret. Jangan biarkan orang lain menentukan hidup kau. Kau, Fiqri! Kena tentukan hidup kau. Jangan la sebab internal or external problem, kau hilang konsentrasi. Hey, kau ada banyak sokongan. Kau ada tuhan yang penting. Kau hanya perlu konsentret. InsyaAllah everything will be fine.

Masa ibadat. Konsentret. Ni paling parah. Solat, kau ken tahu apa yang kau baca. Hayati maksud. Baru boleh konsentret. Adoiyai. Kalau dalam solat kau tak boleh konsentret, apatah lagi dalam benda lain? Bina konsentrasi dalam ibadat. Ini asas. Tak ada asas, tak ada binaan.

Konsentretla untuk kejayaan kau.

Konsentret! Konsentret!!

Yeay

Aku dah tahu lokasi penghantar mesej.

Senang la lepas ni.

'Thanx' for the comments friends.

Harapnya aku tak ada kawan yang bermuka-muka.

Thursday, March 5, 2009

SEDIH

Aku agak sedih tadi.

Aku dah padam hasil kerja tangan aku selama lebih kurang 9 bulan.

Banyak nostalgia aku kat situ.

Tapi apa yang dah jadi, biar la. Aku dah malas nak fikir.

Entri yang bagus2 aku tak sempat nak simpan, tapi aku tahu benda yang jadi ada sebab dan akibatnya.

Mungkin lepas ni ada sesuatu yang nak DIA tunjuk kat aku.

Sabar ye Zulfiqri bin Zaroni bin Kasim.

munawwar tour KL


Aku rindu hobi aku yang lama. Main muzik secara spesifiknya main orkestra. Aku nak main clarinet. Nak main dengan orkestra Jenan sesi 2003-2005. Aku rasa band aku berhantu, walaupun ada banyak sekolah yang underestimate kitorang. Tapi takpe, jadi champion 2004 dah cukup bermakna buat aku. Rindu kat sidekicks aku. Pean, Nadwa, Topek, Adibah, Sharmizi and Ammar Ghassani. Rindu kat anak2 buah aku. Rindu kat Oggy, Shafiq Hakimi, yang kecik tu, ehe semua kecik lah. cute2 semua. Aku ingat lagi masa aku ajar korang. Aku ni garang. Suka cubit. Tapi yang selalu kena Shafiq la sebab dia je laki. Yang lain perempuan, tak berani nak cubit. Haram. hehe.


Aku nak bernasyid. Aku rindu member2 common sense aku. Boleh buat harmoni common sense je. Tak payah praktis-praktis. Syahin the third, Nabil the solo, Nua the Samsons. e'e the double bass and along the bass. Zulfiqri, the second. ehehe. Geng nasyid Jenan. Abang Ku Mat, Kosas, Akhmar, Helmi, KA. uhuhu. Ingat lagi Ku Mat cari makwe kat Kangar, masa pertandingan peringkat kebangsaan. Kita dapat 4th kan? Rindunye. Azizi dan Naqib. Aku suka kau punya 2nd voice. Cute. Ingat lagi masa kita pergi join open negeri tu. Awie nangis tak yakin nak menang. Tapi korang cool. tenangkan keadaan. Thanks bros. Aku rindu giler. Tapi alhamdulillah, semua ok. Dapat 2nd negeri. Tapi cikgu Rostam tak puas hati, sebab SMKB (Sekolah Model Khas Baling) biasa ja. Kita lagi best. Aku hepi sebab aku bleh bawak lagu Handzalah dgn jayanya. Aku tak kecewakan korang.

Soutul Muadzam 2005


Rindu giler.

Tapi bila kita dah habis sekolah menengah, semua bawak haluan masing-masing.

Masing-masing dah ada prospek kerjaya, dah ada haluan akademik.

Semua dah sibuk.

Nak tegur dekat YM pun dah tak balas. Ya lah, sibuk masing-masing.

Aku faham. Semakin dewasa kita, kita jumpa banyak orang; kita teroka banyak tempat.

Tapi ingatla, walaupun kita dah bawa haluan masing-masing, kita tetap kawan. Kan?

Terima kasih untuk semua memori. Itu je kenangan yang kita ada bersama.

Mempunyai korang dalam kehidupan aku betul-betu melengkapkan hidup aku. Tanpa korang, hidup aku mungkin tak seceria sekarang.

Kepada kawan-kawan, aku ucapkan terima kasih. Sebab korang, aku adalah aku.

Aku sayangkan korang, walau buruk macamana pun; kita kawan kan?

;)

Permulaan yang semula

Yeay..

Lama dah nak memulakan blog semula.

Blog yang lama mungkin dah tercemar, aku tak tahu kenapa.

Mungkin mulut aku yang celupar, sikap aku yang terlanjur, atau mungkin juga tulisan aku yang kadangkala capul bunyinya.

Mungkin orang yang tak puas hati, atau rasa iri hati. Aku tak tahu kenapa.

Tapi yang aku tahu, kalau aku salah maafkanlah. Aku pun manusia macam hangpa.

Aku maafkan kesalahan korang semua. Terima kasih untuk memberi komen ; samada membina atau memusnah.

Dan kali ini, yang bertujuan memusnah; aku ucapkan tahniah. Korang berjaya.

Tapi permulaan kali ini harapnya aku boleh mula dengan lebih kuat dah tabah lagi.

haha.

Yang sudah, sudahlah. Ampunkan aku.

Kepada mak dan abah, mamat sayang kat mak dan abah.

Kepada Nurhanis, belajaq rajin-rajin. Bagi lagi hebat daripada Bangmat.

Kepada Nor Hasnieza, abang sayang kamu.

Kepada Afiq kat KMB, blajar sampai dapat 45.

Kepada housemate, Mat Yie, MC, Bedi, dengan Amal. Maafkan aku. Aku sedar aku banyak buat salah dengan korang. Semoga kita sama-sama pi Ireland nanti.

Kepada kawan-kawan semua, yang baik ka, yang separa baik ka, dan yang tak baik pun; ehe..Aku mintak maaf jugak. Aku tau, aku ni bukan la sempurna. Dan aku tak ada apa-apa yang istimewa untuk korang banggakan untuk aku sebagai kawan.

Tapi aku bangga jadi diri aku. Sebab aku adalah aku. Walau buruk macamana aku pun, aku masih boleh terima diri aku. Sebab aku adalah aku.

Yang penting sekali, aku perlukan korang semua untuk memperkasa diri aku. Untuk mendewasakan diri aku. Untuk Memperbetulkan diri aku.

Aku harap korang semua boleh terima aku seadanya.

Kalau ada silap dan salah, jangan simpan di dalam hati.