Sunday, November 1, 2009

Dublin I (Hari Pertama)

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah; pemilik sekalian ‘alam. Sesungguhnya limpah rezeki dan kurnia-Nya sungguh melimpah ruah kepada hamba-hambanya. Harapnya rezeki yang melimpah ruah itu akan membuat diriku ingat kepada-Nya, bukan lupa dan lalai akan tanggungjawab yang diamanahkan terhadap setiap nyawa insan yang bergelar Muslim, insyaAllah.

Hari ini, 28 September 2009; aku cukup gembira kerana buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke dunia luar; selain Malaysia. Dublin, akhirnya aku sampai jua. Terima kasih aku ucapkan kepada ibu dan bapaku, Encik Zaroni bin Kasim dan Puan Jamilah binti Mahamud yang setiap detik dan waktu memberikan segala yang termampu; untuk melihat anak sulung mereka ini berjaya di dalam lapangan cita-citanya. Tidak lupa jua kepada nendaku, Mahmud Abdul Karim, Hasmah binti Bon dan Jaronah Haji Kasan, yang banyak memberi peringatan kepadaku; supaya aku tidak lalai dan leka dihanyut arus kedewasaan dan persekitaran yang riaknya menggila. Segila lautan yang dihambat badai memecah kesunyian a lam buana. Jasa kalian sememangnya besar; tak terbalas anakanda hendaknya. Semoga Allah menempatkan ayahanda dan ibunda di maqam yang tinggi di sisi-Nya.

Terima kasih juga diucapkan kepada bapa-bapa dan ibu-ibu saudaraku yang memberi sokongan moral dan wang ringgit. Sesungguhnya sumbangan kalian tidak kira besar atau kecil, tidak akan aku lupakan. Semoga semangat kalian bersamaku untuk menempuh liku hidup yang nampaknya semakin berliku. Namun, insyaAllah akan ku persiapkan bersamaku bekalan yang cukup; biar diriku ampuh biar dipicing sekalian kejahatan dan kemudaratan.

Pun begitu, jauh disudut hati kecilku ini; aku sedih dan rindu mengenangkan keluarga yang kininya beribu-ribu batu jauhnya. Apakan daya, aku harus berkorban demi kebahagiaan di masa hadapan. Semoga Allah merahmati pemergianku dalam menuntut ilmu ini, insyaAllah. Bak kata abah, ‘Kejayaan memerlukan pengorbanan’. Kata-kata itu akan kusimpan sebagai azimat untuk lebih berjaya di masa hadapan.

Ya Allah, peliharalah diriku daripada ancaman nafsu dan ancaman jahat yang lain supaya diri ini lancar menempuh kesemua dugaan yang telah engkau janjikan untukku. Kau berikanlah kemudahan dalam semua perkara yang bakal aku lalui. Kau jadikanlah kejayaan yang bakal aku tempuhi mendekatkan diriku kepada-Mu. Kau berikanlah hidayah-Mu kepadaku. Amin ya rabbal ‘alamin.

Thursday, April 23, 2009

Bersabarlah

As-Syura ( 42: 40-43)

Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim. (40)

Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah dia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka. (41)

Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya. (42)

Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). (43)

Betul cakap tokwan : Jangan simpan dendam. Biarkan aja, tuhan tahu yang terbaik.

Mak pun ada pesan : Tuhan tak uji orang yang lemah, tak Dia bebankan kamu dengan benda yang tak mampu kamu tanggung.

Monolog : Kamu ada Tuhan. Kuat.


Sabar dan Syukurlah. Kemenangan bakal tiba.


Thanks Iqbal .

Tuesday, April 7, 2009

Celoteh Cuti i

Aku ni dah jadi malas nak kemaskini blog.

Neuron aku tak aktif ke? [hipotesis pertama]. Kalau nak kata neuron aku tak berkembang, neuron manusia memang takkan bertambah; amaunnya serupa daripada kita bayi. Kalau memusnah tu mungkin [hipotesis kedua].

Aku tolak hipotesis kedua. Hujah pertama aku tak pernah mengalami kemalangan melibatkan kecederaan otak. Tak ada pula penyakit genetik melibatkan neurone degenerative disease; macam multiple sclerosis. Ni hujah kedua.

haha.

Gila sungguh. Sekarang ni aku tengah menunggu keputusan pilihanraya. Yang aku dapat tahu sekarang, Bukit Gantang = PAS, Batang Air = BN, Bukit Selambau = ???. Yang pasti trend pengundian oleh para pengundi sekarang nampak macam mereka mahukan pembaharuan.

Demokrasi sedang berlaku. Saya tak mahu komen apa-apa.

Perubahan penting. Tapi bagi saya, penambahbaikan itu lebih penting daripada menhunjam kata-kata tohmah yang bertujuan memusnah. Saya cukup tak suka bila soal peribadi dimasukcampurkan dalam urusan pekerjaan sehari-hari. Asalkan jangan mengganggu prestasi sudah.

Saya selalu tengok orang yang berselisih faham guna senjata fitnah/perkara ambiguiti nak jatuhkan pihak yang satu lagi. Tak buleh macam ni.

Pilih pemimpin yang Tulen.

Sesungguhnya fitnah itu lebih buruk daripada membunuh

Kalaupun berbeza fahaman; adakah bermaksud pihak yang satu lagi itu jahil? Bodoh? Tak reti Melayu?

Hm..mungkin kita kena muhasabah diri balik. Kena belajar macamana nak faham posisi orang lain. Kena fikir sebelum bertindak. Kena jadi matang; minda kelas I, macam prasarana yang dekat negara ni jugak.

Kolestrol

Saya nak tulis pasal kolestrol ni sebab ada request dari kawan saya. Nama dia Huda, kawan Sekeping Hati.

Kolestrol ni memang penting kat dalam hidup kita, tapi kena pandai pilih la ek. Bukan main balun je.

Ada dua jenis kolestrol. High Density Lipoprotein (HDL) iaitu kolestrol baik dan Low Density Lipoprotein (LDL) kolestrol jahat.

Kenapa ada baik dengan jahat ni? bergaya kan. Selalunya dalam filem, mesti ada watak baik dengan watak jahat. The same goes for the cholestrol. Macam Bawang Putih dengan Bawang Merah.

LDL jahat. Sebab utama dia boleh menyebabkan blockage kat arteri-arteri penting anda. Macam arteri koronari. Boleh kena Coronary Heart Disease (CHD) tahu. Bahaya sungguh.

Mendapan lemak, akan menyebabkan bahan-bahan pejal lain turut terperangkap; macam ion kalsium dan sebagainya. Saiz lumen arteri akan menjadi semakin sempit; dan mengikut Continuity Principle, bila saiz lumen berkurang; halaju darah akan bertambah.

Av=k ; A=area of lumen, v= velocity

Darah yang laju ni akan bawak lagi banyak bahan ni ke tempat kejadian. Pastu, lama kelamaan pemendapan secara total akan berlaku; tak ada oksigen ke sel arteri tersebut. Bila berlaku blockage ini, boleh menyebabkan apoptosis atau kematian sel. Contoh diberi tadi arteri koronari kat jantung. Jadi otot jantung akan berhenti mengepam; anda mati.

Berbeza dengan HDL, dia ni baik. Dia akan menghalang pembentukan plak yang menghalang perjalanan darah dalam salur darah anda. Jadi, masalah takkan timbul.

Tambah lagi pulak, HDL akan bawak kolestrol ke hati sahaja. Tempat disintegrasi bahan makanan. Tempat pengasimilasian makanan. Sini selamat.

LDL pulak, dia bawak ke hati jugak; tapi dalam masa yang sama dia bawak kolestrol ke bahagian badan yang lain membentuk lemak. Jadilah kamu obesiti. Kamu nak jadi macam tu? eee..takut.

Obesiti boleh bawak banyak lagi penyakit. Yang penting, World Health Organization dah beri definisi baru bagi malnutrisi; dan obesiti adalah malnutrisi jenis B.

Nak ambil makanan, fikir dulu. Memang tak nampak sekarang, tapi akan beri kesan pada masa akan datang.

Kolestrol tinggi boleh jadi darah tinggi tau. Kalau anda rendah, jangan cuba-cuba.

Sekian~.




Wednesday, April 1, 2009

Pesan Tok Wan


Dalam bulan Febuari lepas, kalau tak silap aku; aku berkunjung ke rumah Tok Wan. Seorang bendahari Masjid Nurul Iman, Kampung Titi Teras.

Tokwan aku ni sememangnya seorang yang best. Penyayang. Tak lokek.

Pun begitu, dia cukup tegas kalau dia tak suka sesuatu. Dia akan sound directly kat sesapa yang dia tak suka lah.

Dan dalam kunjungan kali ini, tok wan telah beri amanat; berbentuk kata-kata nasihat.

Aku cukup tersentuh, sebab makna dia tepat kena kat batang hidung aku. hehe.

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali

Buat baik biarlah seperti tangan kanan yang memberi; tangan kiri tak tahu


Buat baik macam tabur makanan ikan ke laut, biarlah ikan tak tahu; tapi Allah yang tahu.


Yang manis jangan cepat ditelan, Yang pahit jangan cepat diluah



Ada lagi, tapi aku dah lupa.

hehe.

Harap buleh berguna, tima kasih tok wan.

sayang tok wan.

Tuesday, March 24, 2009

Excited

Sesungguhnya aku teruja.

Peperiksaan hanya dekat sekeliling bucu. ( just around the corner)

Keputusan nasib untuk penempatan ke UCD atau RCSI sudah dibuat. Penyusunan secara rawak baru sahaja dibuat Dr. Annie Foo (Mungkin ada kaitan dengan Foo Fighter) semalam.

Aku berada dalam angka genap. Nombor enam daripada tiga puluh; dalam ranking list kelas.

Jadi kebarangkalian untuk UCD:RCSI adalah 1:1 ; secara mudah, lima puluh peratus.

Bergantung kepada percaturan Yang Maha Esa.

Dia tahu mana yang terbaik buatku.

Peperiksaan sudah hanya di sekeliling bucu.

Baca buku!! (nota je kot).

p/s: Selamat berjaya semua.

Tuesday, March 17, 2009

Kejadian aneh yang berlaku pada aku

Sebelum korang baca entri ni sila pasang lagu x files kuat2.

Tolong. Siriusli.

Dua tiga menjak ni aku rasa semacam dengan diri aku. Rasa macam sesuatu yang tengah tengok aku. Hatta, sampai kadang2 aku rasa takut nak buat sesuatu.

1. Aku selalu tidur lambat. Dalam pukul 1 - 2 pagi macam tu. Setiap kali aku nak tidur, aku akan terbayangkan sesuatu kat tingkap tepi kepala aku. Ada satu tingkap yang pecah, jadi angin boleh keluar masuk sesuka hati.

Seram.

Kawan-kawan serumah aku pun akui. Macam selalu ada benda yang dok terbang ke sana ke sini.

Dua hari selepas tu aku found out yang sebenarnya kelawar buat sarang kat tingkap aku. Apakah.


2. Aku bangun pagi, nak capai tuala. Tapi bila aku sampai kat bilik air, rupanya aku pakai kain pelikat.


3. Tiap-tiap kali aku nak capai berus gigi kat dalam bilik air, aku mesti tak jumpa.

Then, baru teringat. Aku selalu letak berus gigi aku kat luar bilik air.


4. Aku pergi ke Tesco sebentar tadi. Nak beli stationery. Kononnya.

Bila aku masuk dalam Tesco, aku periksa kocek seluar yang kat belakang.

Rasa macam kosong.

Aku tak bawa dompet.

AaaaAAaaaa!!!


5. Exam aku tak sampai dua minggu.

Aku belum mula menelaah.


T_T.


Kesimpulan :

Jangan jadi senile muda-muda. Bahaya. Nanti bila tua kena Alzheimer baru tahu. Kamu tahu Alzheimer?

Tak pun dementia. Dementia ni selalu berkait rapat dengan Alzheimer.

Berlatih menggunakan fikiran.

Fikir!!!

Zikir

Orang yang selalu berfikir selalunya seorang yang kurang darjah kepelupaannya. [apa ni]

Senang aja nak berfikir ni. Kalau malas sekalipun, fikir apa yang kamu hendak makan hari ini.

Selepas tu, kamu timbang dan tara; sama ada makanan itu kamu ingin atau kamu perlu.

Cubalah. Best.

Abaikan.

Tapi, Ustaz Sulor bin Tohiron pernah berkata kepada aku. Orang yang berfikir tentang kematiannya adalah orang yang paling cerdik.

Aku pun mula-mula macam tak percaya; nak tergelak pun ada. Apa kaitan mati dengan cerdik.

Akhirnya setelah aku bosan membuat algebra; bawah tajuk penyempurnaan kuasa dua yang kompleks, aku berhenti sekejap.

Siriusli. Aku sakit hati dengan soalan maths.

Aku mula berfikir kaitan mati dengan cerdik. Orang yang selalu ingat mati, dia ada sikap bersedia.

Bila dia bersedia, dia ada perancangan yang dia bakal lakukan untuk dia mencapai hakikat hidup; destinasi terakhirnya = mati.

Dalam proses tersebut, dia berfikir.

Macamana nak mati dalam husnul khatimah. [bukan Rose Yatimah primadona filem melayu tau]. Dan macamana nak elakkan mati dalam su'ul khatimah.

Jadi asas fikir adalah zikir. Dan sebaik-baik zikir adalah zikrullah dan zikrulmaut.

'Sesungguhnya dengan mengingati tuhan (Allah), hati akan menjadi tenang'

Semoga hati kita menjadi hidup, semoga akal kita menjadi cerdik, semoga kita tidak kena Alzheimer.

=)

Wednesday, March 11, 2009

Jamming

Baru balik dari jamming.

Petang tadi lepas kelas Ms Heah, Timothy ajak pegi perjumpaan kelab muzik. Rupa-rupanya tak ada perjumpaan pun; dok berlatih jamming dengan Hijaz, Abadi, dengan Nik.


Layan giler.

Terfikir nak buat persembahan solo, lagu Permataku - Mirwana. Nanti nak mintak sapa2 main gitar.

***
Dua tiga menjak ni rasa macam tak selesa sistem penghadaman. Masalah apa pun aku tak tau. Rasa penuh; rasa nak muntah; macam mengandung plak. Haih.

Mana buleh, aku tak ada ovari. Kalaupun ada penempelan, jadi cyst ja kot. Hm.

Kena buat checkup ni. Makan pun dah tak lalu, tapi sebab nak isi perut ja. Makan la jugak. Adoiyai.




Rehat.

Nak rehat!!!!

Salam alaik.

p/s: Esok jamming lagi, lagu thunderbirds, situasi, dengan lagu bedi buat pamenda saturday tah. layan~

Penattttt....

Balik minggu ni. Esok g makan tako~ yeay